Haruskah Aku

Kerna diusung dengan mehnah dah berbagai tohmahan.Perasaan ini begitu keliru dengan keadaan sekeliling.Inilah dunia dan inilah hedonisme.Tapi,dimanakah ISLAM??Yang kulihat disini hanyalah Islam pada nama.Tapi,dalam perbuatan Islam memang tidak ada di sini.Pernah sekali ansar terdengar ayat ali-imran"Sesiapa yang mencari agama selain dari ALLAH,maka hidupnya tidak diterima oleh ALLAH'Jelas dan benar.Mungkin mereka sama sekali sudah tewas dalam perang pemikiran.Jiwa Islam dalam diriku ini lemah dan kurang.Bersama-sama dengan panji islam,aku ingin menyampaikan dakwah islamiyah kepada satu dunia.Kelak satu dunia akan menerimaku.Seperti mana dalam Hadis Sampaikanlah walaupun seppotong ayat.Jadi, saya menyahut dan berpegang pada prinsip ini.Haruskah aku berjiwa islam besar.Haruskah aku ditenggelam hiburan dunia.Haruskah aku mendalami ilnmu agama.Haruskah aku mejadi mukmin professional

Kisah cinta paling hebat




                            'Berusahalah mencari cinta sejati yang sukar dicari ini'

MEMANG sukar hendak mengajar manusia yang berakal mengenal cinta sejati. Mereka mudah memutar-belitkan kata-kata kerana keinginan nafsu mudah menggelocak melata, mengotori syariat yang tertulis. Manusia tahu dosa dan tahu melakukannya adalah berdosa, tetapi kemahuannya tetap membulu hingga hilang penglihatan mengintai jalan lurus. Seorang perempuan sanggup ditiduri hanya kerana termakan pujuk rayu. Si suami sanggup meninggalkan cinta si isteri demi mengejar cinta wanita di negara seberang. Mereka seolah-olah lemah longlai membuat pertimbangan kerana iman tidak seiringan cinta diberikan.

Berilah peluang kepada saya untuk bicarakan CINTA buat kesekian kalinya. Peranan cinta, jihad cinta, ketulusan cinta yang cuba saya bawakan ini adalah lahir dari nuansa cinta-Nya yang mekar bak bunga-bunga nan indah di musim semi, lain dari lain yang pernah saya puisikan. Setangginya bisa merobek jiwa hamba yang lemah menjadi kuat, keindahannya seperti pelangi selepas hujan yang mengukir warna-warna di atas dada langit, peranannya seperti air yang menghilangkan jiwa raga dari dahaga.

Begitulah cinta bekerja apabila iman memandu, tahu kepada siapa diberikan cinta, kepada siapa harus dipelihara cinta, dan ketika mana layak dihadirkan cinta. Mencintai bererti memberi. Cinta bertandang untuk menuliskan catatan-catatan manis bagi orang yang dicintainya. Cinta datang untuk menghidangkan minuman lazat agar bisa diteguk oleh insan dicintainya.

Seorang pencinta sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA, dia hanya kenal kata kerja MEMBERI. Baginya cinta itu ialah memberi, mendahulukan orang lain dan membelakangi hak sendiri. Memberi apa sahaja agar cinta tulus mulus dapat dirasai oleh insan dicintai, kerana dia tahu di sebalik dia tidak menagih cintanya tapi ianya akan tetap hadir di penghujung babak-babak ikhlas memberi tadi.

Nah... cuba kalian cermati kisah ini baik-baik. Mereka merupakan contoh teladan cinta sejati hingga ke mati yang kita dambakan. Beliau ialah lelaki soleh yang sangat dicintai oleh nabi s.a.w dan para sahabat lainnya. Dia benar-benar seorang yang masak dalam ilmu memberi, lantas bisa dilihat kezuhudannya pada harta milikinya hanya sedikit sahaja ditinggalkan buat bekalan hidupnya yang masih tersisa. Ideanya juga telah memenangkan tentera Islam di peperangan Khandaq. Dialah SALMAN AL-FARISI.

Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pria di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“silakan tuan...” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;

“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap ruh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

Itulah jawapannya... reaksinya telah melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati... sejatinya dia bukan kerana dia sahabat nabi s.a.w yang utama tetapi rahmat kasih sayang Ilahi menemani sekeping hati kecil miliknya untuk terus MEMBERI.

Salman al-Farisi benar-benar mengajar kita sebagai seorang hamba kepada satu Tuhan yang berhak disembah tentang keutamaan dalam memberi, tidak menagih simpati untuk menerima. Dia hanya tahu satu pekerjaan besar lagi mulia sahaja, iaitu MEMBERI. Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimilki... tidak haloba dengan apa yang tiada.Kalian bagaimana

Renungan bersama

Di dunia kita ditagihkan dengan kemewahan lagha.Adakah anda kini tersepit dalam dunia lagha?Fikir2kan lah.
"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau.Jika kamu beriman serta bertaqwa,llah akan memberikan pahala kepadamu dan dia tidak akan meminta hartamu".(Muhammad:36)

Kita di dunia ini mempunyai rumah yang besar dan luas untuk semua keluarga berhimpun ataupun bermesra di samping merapatkan ukhuwwah


Jangan berasa bangga dengan kemewahan pada rumah ini.Kelak,di sana kita akan menempah kubur yang diperbuat daripada batu.Barangsiapa yang banyak amalannya,maka kuburnya dalam keadaan luas,jikalau sebaliknya,kuburnya dalam keadaan sempit dan gelap.Fikir2kan lah di akhirat.
Seusai talkin penanda syahdu di kubur,tujuh langkah pun berlalu.Maka,datangnya malaikat Munkar dan Nakir
menanyakan persoalan kepada mayat di kubur.Tali libasan Malaikat munkar dan Nakir sperti ekor lembu.Kemudian,libasannya kepada mayat 7 kaki dalam tanah.Betapa dasyatnya kuasa Allah.."Setiap yang bernyawa pasti menemui kematian"  ....  dan orang yang paling bijak ialah orang yang mengingati mati








Pangkat Dato',tan Sri,Tun,Dr dan sebagainya tidak dipersoalkan semasa hari akhirat.Kesemua pangkat ini x peroleh kebahagiaan jika menyeleweng daripada Dinnullah.Sesungguhnya Sabda nabi:setiap pemimpin akan dipersoalkan di hari kelak tntang org bawahanny.Sabda nabi:Malah,dengan pangkat itu kita tanggungjawab atas peranan sebagai pemimpin yang taat kepada ALLAH dan rasulNYA"Sesungguhnya Allah x memandang rupa paras kamu,tapi ALLAH melihat pada akhlak kamu.


Tapi,kita semua silap bahawa sesungguhnya pangkat mereka tidak lama lagi.Daripada pangkat Dato' Tan Sri berubah kepada Allahyarham.Sungguh sekejap sekali masa berputar.Sungguh sekejap sekali pangkat mereka diambil.Sungguh sekejap sangat nyawa mereka diambil.
Firman Allah Taala"Demi Masa,Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian"








Sewaktu kita minum air minuman berkarbornat yang sungguh selera lagi menyenangkan di tepi pantai,tambah2 lagi sepoi2 bahasa angin yang menyamankan kita.ooohh segarnya air nikmat

Cuba bayangkan seketika apa yang kamu minum itu adalah air nanah di neraka agar dapat merasai kepedihan neraka dan dapat mengambil pengajaran.Juga dalam firman ALLAH TAALA:Dan rasakanlah air nanah yang mendidih.......
Semoga dengan ini kita dpt berubah menjadi insan soleh wa musleh

Di satu ketika kita memakan buah epal yang terhidang di atas meja makan.Setelah makan kita epal itu,kita terus mengherdik ibu dengan bengis amat.Kita terus membaling epal busuk itu kepada ibu kita.Sambil kita berkata:"Apalah ibu ni x resti pilih buah epal ker, x reti beza mna yg busuk dan mna yang segar"
Inilah situasi yang sering berlaku pada zaman modenisasai.Ketahuilah dengan tinggi suara itupun dikira derhaka.Dalam Firman Allah Taala yang berbunyi:"Maka sesekali janganlah engkau mengatakan AH dan janganlah engkau membentak dia"(Al-israk)

Malah kita dapat tahu bahawa dia x mensyukuri nikmat Allah yang sempurna kejadianNYA.Maka,rasakanlah buah zakkuum di neraka..Firman Allah Taala"sesungguhnya pohon zakkum makanan berbisa".


Cukup setakat itu sahaja utk saya menerangkan lagi.Yang lemah lagi hina datang dari saya dan yang baik lagi hebat datang dari ALLAH

Bersatu hati


Bersatu hati
kita merapatkan diri dengan ALLAH
memantapkan hubungan kita dengan ALLAH
menjaga agama ALLAH
memperindahkan suasana alam ALLAH
tautan hati mengenal cinta kepadaMU

Bersatu hati
mengikis segala kejahatan dan kemungkaran
membenarkan dengan mempercayai
dibuktikan melaui amalan
sucikan dengan kalimah suci

Bersatu hati
agar aku tidak terputus hubungan dengan sahabat
biar menjadi sahabat dunia dan akhirat
seringkali nasihat-menasihati
tidak pernah jemupun dengan nasihat
hatinya masih subur
itulah tandanya

Bersatu hati
marilah kita korbankan segala harta,raga dan jiwa
marilah kita berjuang di jalan ALLAH
marilah kita membela kaum muslimin ditindas
marilah kita menggayang kafir sehabis-habisan
marilah kita berfikir cara-cara untuk musnahkan zionis

Bersatu hati
usahlah terlalu ikutkan bisikan syaitan
menarik kamu ke lembah kehinaan
usahlah kamu dhasut dunia
kamu akan leka dengan ALLAH
usahlah kamu bangga dengan pencapaianmu
berada di bumi
sesesungguhnya Allah tidak suka
orang yang bangga di jalanNYA

Bersatu hati
perbaikilah diri kita 
mantapkanlah akhlak kita
mantapkanlah aqidah kita
mantapkanlah ibadah kita

Bersatu hati
jadilah pemuda yang soleh wa musleh