Renungan bersama

Di dunia kita ditagihkan dengan kemewahan lagha.Adakah anda kini tersepit dalam dunia lagha?Fikir2kan lah.
"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau.Jika kamu beriman serta bertaqwa,llah akan memberikan pahala kepadamu dan dia tidak akan meminta hartamu".(Muhammad:36)

Kita di dunia ini mempunyai rumah yang besar dan luas untuk semua keluarga berhimpun ataupun bermesra di samping merapatkan ukhuwwah


Jangan berasa bangga dengan kemewahan pada rumah ini.Kelak,di sana kita akan menempah kubur yang diperbuat daripada batu.Barangsiapa yang banyak amalannya,maka kuburnya dalam keadaan luas,jikalau sebaliknya,kuburnya dalam keadaan sempit dan gelap.Fikir2kan lah di akhirat.
Seusai talkin penanda syahdu di kubur,tujuh langkah pun berlalu.Maka,datangnya malaikat Munkar dan Nakir
menanyakan persoalan kepada mayat di kubur.Tali libasan Malaikat munkar dan Nakir sperti ekor lembu.Kemudian,libasannya kepada mayat 7 kaki dalam tanah.Betapa dasyatnya kuasa Allah.."Setiap yang bernyawa pasti menemui kematian"  ....  dan orang yang paling bijak ialah orang yang mengingati mati








Pangkat Dato',tan Sri,Tun,Dr dan sebagainya tidak dipersoalkan semasa hari akhirat.Kesemua pangkat ini x peroleh kebahagiaan jika menyeleweng daripada Dinnullah.Sesungguhnya Sabda nabi:setiap pemimpin akan dipersoalkan di hari kelak tntang org bawahanny.Sabda nabi:Malah,dengan pangkat itu kita tanggungjawab atas peranan sebagai pemimpin yang taat kepada ALLAH dan rasulNYA"Sesungguhnya Allah x memandang rupa paras kamu,tapi ALLAH melihat pada akhlak kamu.


Tapi,kita semua silap bahawa sesungguhnya pangkat mereka tidak lama lagi.Daripada pangkat Dato' Tan Sri berubah kepada Allahyarham.Sungguh sekejap sekali masa berputar.Sungguh sekejap sekali pangkat mereka diambil.Sungguh sekejap sangat nyawa mereka diambil.
Firman Allah Taala"Demi Masa,Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian"








Sewaktu kita minum air minuman berkarbornat yang sungguh selera lagi menyenangkan di tepi pantai,tambah2 lagi sepoi2 bahasa angin yang menyamankan kita.ooohh segarnya air nikmat

Cuba bayangkan seketika apa yang kamu minum itu adalah air nanah di neraka agar dapat merasai kepedihan neraka dan dapat mengambil pengajaran.Juga dalam firman ALLAH TAALA:Dan rasakanlah air nanah yang mendidih.......
Semoga dengan ini kita dpt berubah menjadi insan soleh wa musleh

Di satu ketika kita memakan buah epal yang terhidang di atas meja makan.Setelah makan kita epal itu,kita terus mengherdik ibu dengan bengis amat.Kita terus membaling epal busuk itu kepada ibu kita.Sambil kita berkata:"Apalah ibu ni x resti pilih buah epal ker, x reti beza mna yg busuk dan mna yang segar"
Inilah situasi yang sering berlaku pada zaman modenisasai.Ketahuilah dengan tinggi suara itupun dikira derhaka.Dalam Firman Allah Taala yang berbunyi:"Maka sesekali janganlah engkau mengatakan AH dan janganlah engkau membentak dia"(Al-israk)

Malah kita dapat tahu bahawa dia x mensyukuri nikmat Allah yang sempurna kejadianNYA.Maka,rasakanlah buah zakkuum di neraka..Firman Allah Taala"sesungguhnya pohon zakkum makanan berbisa".


Cukup setakat itu sahaja utk saya menerangkan lagi.Yang lemah lagi hina datang dari saya dan yang baik lagi hebat datang dari ALLAH



(akan datang renungan bersama 2.....)

0 comments: